|
|
|
|
|
|
|
|
Peluh Berlebihan Ialah Masalah Perubatan Yang Boleh Dirawat
PHILADELPHIA, Pa., 22 Jun /PRNewswire-AsiaNet/ -- Hiperhidrosis, atau peluh berlebihan, ialah satu masalah perubatan lazim yang dianggarkan dialami oleh lebih kurang 7 juta warga Amerika dan seringkali kewujudan keadaan itu tidak disedari. Dengan dua hingga empat juta kelenjar peluh pada tubuh kita, ramai yang percaya kita berpeluh seperti biasa. Bagaimanapun, apabila mereka berpeluh lebih daripada yang perlu untuk mengawal suhu badan, dan seterusnya terasa malu dan dan cemas, dan terpaksa mengehadkan aktiviti dalam kehidupan peribadi dan kerja mereka, mereka besar kemungkinan mengalami hiperhidrosis. Dan masalah ini dapat ditangani dengan berunding bersama seorang doktor yang khasnya mengetahui mengenai penyakit itu. Terima kasih kepada Pertubuhan Hiperhidrosis Antarabangsa, bagi tiga peratus daripada populasi yang hidup dengan hiperhidrosis, bantuan kini boleh didapati dengan klik pada tetikus. Bulan ini, Pertubuhan Hiperhidrosis Antarabangsa melancarkan satu daftar Pencari Pakar Perubatan seluruh dunia di laman webnya (http://www.SweatHelp.org), iaitu satu pangkalan data doktor-doktor yang berpengalaman dalam mendiagnosis dan merawat masalah itu. Tidak kira anda tinggal di Peoria atau Prague, anda akan dapat menemui seorang pakar perubatan yang dapat menawarkan pelbagai rawatan alternatif. Lebih daripada 300 pakar perubatan sehingga di Malaysia telah memenuhi standard Pertubuhan Hiperhidrosis Antarabangsa untuk didaftarkan di pangkalan data Pencari Pakar Perubatan, dan angka itu meningkat setiap hari. "Saya hidup dengan hiperhidrosis selama lebih 20 tahun dan ia membawa kesan besar kepada kehidupan saya hampir setiap hari, sama ada tangan saya basah semasa berjabat tangan atau kaki saya terasa licin semasa saya memakai selipar," kata Michael, seorang penuntut perubatan di Philadelphia. "Saya telah menemui ramai doktor selama bertahun-tahun dan telah mencuba pelbagai kaedah rawatan. Tetapi, terima kasih kepada Pencari Pakar Perubatan Pertubuhan Hiperhidrosis Antarabangsa, saya akhirnya menemui seorang doktor yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam merawat hiperhidrosis dan saya rasa yakin beliau akan menemui cara sesuai untuk merawatnya." Seperti juga dengan mana-mana kaedah perubatan, diagnosis yang sesuai merupakan kunci kepada kejayaan rawatan. Para pesakit dengan hiperhidrosis primary secara tipikal mengadu peluh keterlaluan di bahagian-bahagian fokal tubuh -- di bawah ketiak, tangan, muka dan/atau kaki. Adakalanya penyakit itu diturunkan dalam keluarga dan seringkali mula menunjukkan simptom menjelang dewasa. "Terdapat pelbagai pilihan bagi rawatan sangat berkesan bagi keadaan ini, bagaimanapun, pakar perubatan perlu dilatih dalam garis panduan klinikal bagi setiap satu kaedah rawatan. "Sebagai sumber utama untuk pendidikan pakar perubatan dan maklumat awam mengenai hiperhidrosis, Pertubuhan Hiperhidrosis Antarabangsa berharap untuk menghubungkan para pesakit dengan pakar-pakar perubatan yang berpengetahuan, faham dan boleh membantu," kata David M. Pariser, MD, Presiden Hiperhidrosis Antarabangsa, setiausaha/perbendaharaan Akademi Dermatologi Amerika, dan profesor Dermatologi di Sekolah Perubatan Eastern Virginia di Norfolk. Bagi maklumat lanjut mengenai Pencari Pakar Perubatan Pertubuhan Hiperhidrosis Antarabangsa, sila lawat http://www.SweatHelp.org. Pertubuhan Hiperhidrosis Antarabangsa, yang diasaskan pada 2003, ialah sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang berusaha untuk meningkatkan kefahaman, kesedaran, penyelidikan, dan pendidikan mengenai peluh berlebihan (hiperhidrosis) bagi yang mengalaminya dan mereka di perkhidmatan penjagaan kesihatan. Pertubuhan Hiperhidrosis merupakan pusat rujukan seluruh dunia bagi maklumat mengenai rawatan terbaru dan penyelidikan mengenai hiperhidrosis. Ia menawarkan satu rangkaian global pakar-pakar perubatan yang menawarkan rawatan dan kelegaan terhadap apa yang boleh dianggap sebagai masalah perubatan serius.
Laura Feragen
laura@toplin.com
+1-215-794-4666
About the International Hyperhidrosis Society:
The International Hyperhidrosis Society (IHHS) is a non-profit organization promoting the awareness of and research into the condition of excessive sweating (hyperhidrosis). Through their advocacy and programming, IHHS provides sufferers with access to treatment, and educates physicians about hyperhidrosis. Founded in 2003, the goal of IHHS is to improve the quality of life and diminish the suffering of those affected by this medical condition.
#####
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
Find a doctor who treats excessive sweating. |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
|
|